Wednesday, August 10, 2011

Anda Stress Hari Ni?

Mungkin hari ini ada yang rasa stress dengan suatu beban kerja yang telah anda cuba berulangkali untuk menjayakan tetapi tidak seperti yang anda harapkan. Ditambah lagi dengan beban tugas setiap hari yang pelbagai, kesesakkan lalu lintas, cuaca yang panas. Cuba ambil masa sedikit untuk membaca beberapa tip yang saya dapatkan dari pelbagai sumber ini untuk dikongsi bersama.

1)Redha
Redha dengan setiap yang berlaku. Setelah segala usaha kita lakukan dengan berbekalkan doa dan bertawakal seharusnya kita menerima Qada' dan Qadar Nya sama ada tugas kita berjaya atau sebaliknya kita seharusnya menerima dengan lapang dada.

2) Mandi. Mandi. Mandi
Cara mandi yang terbaik ialah dimulakan dengan menjirus air dari kaki ke bawah, selepas itu terpulang pada anda nak mandi macamana. Kalau berada ditempat yang tak memungkinkan anda untuk mandi, ambillah wudhuk bagi yang beragama Islam (dah wudhuk tu solatlah sunat) atau cuci muka bagi yang bukan beragama Islam.

3) Tidur
Bila kita stress, kita mudah merasa marah. Bukankah Islam mengajar sekiranya sedang marah ketika berdiri maka duduklah, sekiranya marah ketika sedang duduk maka berbaringlah. Melalui sebuah buku yang saya baca, ada baiknya ketika sedang marah dan stress kita cuba untuk tidur walau seminit.

4) Minum Banyak Air
Minumlah air masak sekurang-kurang 3 liter kerana sifat air itu sendiri menenang dan menyejukkan.

5)Pengambilan vitamin
Harus dipertimbangkan, terutama vitamin B dan C. Vitamin B terkenal dengan nama vitamin "morale" disebabkan kandungan B1nya yang membantu urat saraf untuk sihat, B5 untuk mengawal stress serta keletihan selain Biotin mampu mengurangkan kesedihan akibat stress.

 
Vitamin C juga mempunyai kehebatan dalam mengurangkan stress kerana sifatnya boleh mengawal pengeluaran hormon yang menyebabkan stress


Selamat mencuba.

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat, salurkan pertanyaan anda di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...