Monday, August 29, 2011

Anda Bertudung ?

Biasa tak kita dengar "Rambut berbau kalau bertudung?". Sebenarnya tak kiralah samada bertudung atau tidak, rambut panjang atau pendek tetapi rutin penjagaan dan perawatan yang sempurna adalah perlu. Bagi saya dan anda yang bertudung penjagaan beberapa tip yang saya petik dari majalah Rapi ini harap dapat membantu apatah lagi di musim perayaan ini.
  • Cuci rambut secara teratur iaiti selang dua atau tiga kali sehari. Syampu yang sesuai amat perlu. Selepas itu pastikan rambut kering sebelum mengenakan tudung. Pemakaian tudung semasa rambut masih basah atau lembab bukan sahaja boleh menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik, bahkan boleh mengakibatkan masalah pening kepala.
  • Masker rambut seminggu sekali untuk menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut.
  • Pemilihan tudung dari material kapas dapat membantu agar kulit kepala bernafas, selain itu tudung dan anak tudung perlu ditukar setiap hari.
  • Lakukan creambath seminggu sekali sebagai langkah membekalkan nutrisi untuk rambut dan pada masa yang sama memastikan agar kulit kepala kekal sihat.
  • Untuk menguatkan akar rambut, manfaatkan serum atau tonik rambut. Sapukan selepas rambut selesai dicuci.
  • Pelihara keharuman rambut anda dengan rawatan ramuan rempah ratus. Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapan
  • Amalkan memakan sayur dan buah-buahan yang mengandungi vitamin C. Ini kerana ia membantu pertumbuhan semula sel-sel rambut yang baru dan memelihara kesihatan kulit kepala.
Sekiranya pengambilan sumber vitamin C anda rasa tak mencukupi, apakata anda mencuba vitamin C Shaklee yang bertindak secara Sustained Release iaitu bertindak mengikut keperluan badan, kesannya tiada vitamin C yang membazir !

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my
                      
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...