Monday, July 4, 2011

Vitamin Untuk Mereka Bergelar Pelajar

Anda seorang ibu atau bapa yang punya tugas sebagai seorang pekerja dan penuntut ?Dua vitamin ini adalah sebahagian usaha anda sebagai 'booster' kecermelangan anda. Walaubagaimanapun ia tidak mengambil alih tugas anda untuk belajar, menyiapkan tugasan dan tugas-tugas rutin anda sebagai pekerja atau ibu dan bapa ye! Selain usaha, berdoa dan bertawakal adalah perlu yang mengiringi perjuangan anda sebagai seorang pelajar.

B COMPLEX
Vitamin yang paling penting adalah B Complex kerana fungsi keseluruhannya adalah untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan punya ciri istimewa di bawah yang membantu dalam untuk meningkatkan kapasiti pembelajaran, lebih tumpuan dan keupayaan mengingat dengan lebih baik:-
  • B1 (thimine) yang digelar vitamin "morale" untuk urat saraf yang sihat dan learning capacity
  • B2 (riboflavin) untuk stamina dan kekuatan otak dan menambah oksigen dalam otak
  • B3(niasin) untuk urat saraf yang sihat
  • B5(pantothenic acid) Selain berfungsi supaya urat saraf sihat untuk memastikan kurang rasa stress, keletihan atau kelesuan.
  • B6(pyridoxine) iaitu menukarkan glycogen kepada tenaga serta membantu pengeluaran sel darah merah
  • B12(cyanocobalamin) untuk meningkatkan konsentrasi dan ingatan
  • Folic Acid berfungsi untuk kesihatan mental dan emosi selaian membantu pengeluaran darah merah
  • Biotin untuk mengurangkan depression
 

LECITHIN
Vitamin ke-2 yang diperlukan penting untuk penuntut adalah lecithin. Berikut adalah ciri istimewa lecithin untuk kesiapsiaga otak sebagai menimba ilmu :-
·     Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
·     Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini  dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
·    Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak  adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi saya di talian 012-6816979.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...