Wednesday, July 6, 2011

Petua Minum Air Pada Bulan Puasa

Bila kita berpuasa selalu kita menghadapi masalah untuk minum banyak air masak kerana kita sibuk nak penuhkan perut dengan makanan hingga lupa la pulak nak minum banyak air. Bila sahur rasa-rasa nak minum banyak air tapi memang tak boleh minum banyak pun. Segelas pun rasa dah penuh perut.

Sebenarnya setiap orang punya keperluan air yang berbeza menikut berat badan seseorang. Sifirnya mudah iaitu setiap 25kg berat kita memerlukan 1 liter air, secara purata setiap orang memerlukan 3 litter air. Bagaimana mahu minum air sebanyak itu ketika berpuasa? Mungkin kita lupa dari iftar hingga imsak kita punya hampir 11 jam untuk minum air.

Panduan dan petua ini harapnya dapat membantu antara kita untuk minum banyak air terutama mereka yang bekerja di bawah panas terik dan ibu-ibu yang menyusukan anak.

Cara yang paling mudah untuk minum air ialah...

1. Sediakan air di dalam 2 botol sukatan 1.5 litter
2. Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah dilihat
3. Pastikan minum air setiap setengah jam sebanyak 3 teguk
4. Minum air juga selepas menyusukan bayi atau selepas ke tandas, minum 1-2 gelas agar dapat gantikan air yang nyah dari tubuh tadi
5. Kena habiskan air yang kita dah sukat dalam botol tu
6. Dapatkan Perfomance Drink bagi sebagai langkah untuk memastikan badan tidak dehydrate kerana kerap membuang air kecil, atau jika kita gagal untuk menghabiskan air yang kita sukat itu.

Performance drink adalah minuman ahli sukan. Sejenis minuman isotonik tetapi tidak bergula yang ada hanyalah OptiCarb. Saya suka mencampurkan dengan ESP. Rasanya macam minuman kultur perisa oren !

Hubungi saya di talian 012-6816979
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...