Thursday, July 14, 2011

Panduan pemakanan ibu yang menyusu

Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.
Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

Protin
2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
Sumber protin termasuk :

Daging, Ayam
Makanan laut *
Telur
Keju, susu dan yogurt
Tauhu
Kekacang

Kalsium
Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
Sumber terbaik kalsium adalah :

Susu, yogurt dan keju
Jus oren diperkaya kalsium
Tauhu
Ikan sardin
Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli

Zat Besi
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk :

Daging, Ayam
Makanan laut *
Kekacang
Buah-buahan kering
Kuning telur

Vitamin C
Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik termasuk :

Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato

Vitamin dan Mineral
Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.

Cecair

Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.


Tip Lain

Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.

kredit

Apa yang Euphoria Breastfeeding Set dapat bantu ialah dengan mengisi kekosongan zat yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan dan diet harian. selebihnya bergantung kepada usaha individu itu tersendiri untuk menjayakan misi penyusuan ibu itu. 3 konsep asas untuk menjayakan penyusuan ialah :-

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU  bagi ibu yang bekerjaya ,membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Hubungi saya di talian 012-6816979 untuk maklumat lanjut




































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...