Monday, July 25, 2011

Beza Antara Vitamin Dan Mineral

Kita selalu dengar perkataan vitamin dan mineral. Adakah sama? Secara umum kita memerlukan kedua-duanya untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Tetapi cara vitamin dan mineral berfungsi adalah berbeza walau dapatanya adalah sama iaitu untuk kesihatan.

Vitamin
Penting untuk menyumbang pada kesihatan optima, membantu dalam proses metabolisma dan biokimia badan untuk mengeluarkan tenaga dari maknan yang di makan.
Vitamin terdiri dari 2 bentuk:-
1. Larut air (water soluble) - perlu diambil harian kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dalam jangkamasa panjang.Contoh vitamin C dan B Complex

2. Larut Lemak (Fat Soluble) - Di simpan oleh badan bagi jangka waktu panjang. Di simpan dalam tisu-tisu dan liver. Contoh Vitamin A, D, E dan K.

Vitamin terdiri dari 3 jenis dalam pasaran

1. Sintetik
 dihasilkan oleh makmal dari bahan tiruan
  • Nutrien dihasilkan dalam persekitaran makmal
  • Bersumberkan tar arang batu
  • Walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza dari semulajadi
  • Dari label - dilabelkan dengan huruf "I" berbanding huruf "d" bagi semulajadi(Rujuk : How to Understand Food Supplement Labels by Dr Bruce B. Miller)
  • Mengandungi gel silika
2. Natural (Asli)
  • Tidak mengandungi bahan yang tidak asli
  • Dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan butrien adalah seimbang yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi
  • Kos penghasilkannya lebih tinggi berbanding sintetik
  • perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti.
  • Pembacaan dilabel menggunakan "d" bagi semulajadi
  • Melalui perkataan "co-factor" seperti bioflavinoids atau biodegradable
  • Tidak mengandungi gel silika
  • Shaklee satu-satunya yang menggunakan vitamin semulajadi (Rujuk : A Consumer Report by Editor of Research Institute for Preventive Health Care)
3. Organic
  • Pemprosesan yang ia lalui mengakibatkan "co-factor" yanga ada padanya rosak atau hilang
  • Nutrien yang khusus dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan mengunakan haba, tekanan tinggi atau pelarit kimia yang kuat
  • Ia tidak sama dengan nutrien semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya
  • Semasa pemprosesan, ia melibatkan haba yang berlebihan dan produk petroleum biasanya digunakan, menyebabkan kehilangan nutrien
Vitamin memerlukan enzim yang akan bertindak sebagai "activators" didalam tindak balas kimia dalam badan iaitu bagi membolehkan semua aktiviti berlaku dengan cepat dan tepat.



Zat Galian (mineral)
Sebagai satu faktor atau 'catalyst' yang mempercepatkan perubahan kimia yang membolehkan semua aktiviti diproses oleh badan.
Berfungsi sebagai "coenzymes" bagi membolehkan semua aktiviti badan bertindak dengan cepat dan tepat.
Diperlukan untuk komposisi cecair badan, pembentukan darah dan tulang disamping mengekalkan kesihatan urat saraf
Terdiri dari 2 kumpulan
1. MACRO (Bulk) dalam jumlah yang besar. Contohnya : Calsium, Magnesium, Sodium, Potassium dan Phosphorus
2. MICRO (Trace) jumlah yang tersangat kecil. Tersimpan dalam tulang, otot-otot dan tisu. Contohnya Zink, Iron, Manganese, Choromium, Selenium dan Iodine
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...