Saturday, July 30, 2011

Susu Badan Semakin Kurang

Ramai yang mengadu kepada saya berkenaan masalah susu badan yang semakin kurang, terutama apabila ibu dah kembali bekerja. Dari pengamatan saya, masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu berkenaan berpunca dari:
  • Tidak disiplin mengepam. Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasnaya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.
  • Bayi keliru puting. Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air. Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress. Tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope.
Saya pernah berkongsi susu perahan saya bertambah dari 24 oz ke 40 oz dan juga bagaimana susu badan saya semakin banyak, namun saya juga ada mengalami susu merudum.
Ia berlaku pada hari saya sangat sibuk atau sangat penat. 2 hari lepas saya cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz). Pada hari itu saya meeting tak berhenti (tipu, mana ada meeting tak berhenti) dan badan sangat penat lagi mengantuk, sampai saya tertidur semasa mengepam.
Bila stress, tubuh kita dah sedia ‘bekerja’.
Stress dan penghasilan susu ibu mempunyai hubungan yang istimewa. Bila menyusu/mengeluarkan susu, hormon yang  melegakan stress dikeluarkan, dan kita akan berasa tenang. Namun, untuk mengeluarkan susu, kita memerlukan hormon anti-stress itu juga :)
Laksana air mutlak, suci lagi menyucikan. Penyusuan ibu juga, tenang lagi menenangkan ;)
Jadi bila susu semakin kurang, cuba buat spot check sikit:
  • Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam sekali?
  • Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti?
  • Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yagn mengambil supplement 3 liter sehari)
  • Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit?
  • Adakah cukup rehat?
Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:
  • YA
  • YA
  • YA
  • TIDAK
  • YA
Jika tak sama, cube lah sama kan ikut skema soalan bocor :D
Pengambilan supplement, itu sepatutnya up-front, bukan last resort. Begitu juga milk booster yang lain. Yang penting, stimulasi. Kalau yang atas tu tak dipenuhi, makan ler milk booster dari planet marikh pun, pasti tak dapat hasil yang memuaskan.
Kredit

Saya untuk dihubungi di talian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, July 29, 2011

Aiskrim dari ESP + Meal Shake Shaklee

Sesuai untuk hidangan berbuka nanti, terutama kanak-kanak yang biasanya sukakan sesuatu yang manis dan sejuk. Kita yang dewasa pun sama aje. Tambah-tambah cuaca sekarang yang lebih banyak panas akibat pengaruh El-Nino. Resepi dan sumber bergambar hasil Nadia.

Bahan-bahan :- 

1 Biji Putih Telur
4 sudu gula perang( sbb gula perang kadar kemanisannya agak kurang berbanding gula putih)..tp kalau nak guna gula putih pun boleh
1 penutup esen vanila
1 sudu besar ovelette (boleh cari kat kedai kek atau supermarket-warna kuning)
1 tin susu cair
1 1/2 sudu ESP dan 1 1/2 sudu Meal Shake


Cara Buat
Mix kan guna mixer putih telur dan gula sehingga kembang
Dah kembang, masukkan ovelette 1 sudu dan mix lg hingga sebati
Kemudian, masukkan 1 penutup esen vanila dan mix lagi hingga sebati
Masukkan susu cair dan mix sampai kembang
Akhir sekali, taburkan ESP (kalau ada Meal Shake boleh masukkan juga) lagi sedap dan kacau hingga sebati...
Kalau suka, blend biskut oreo atau badam atau tambahkan chocolate chip untuk bg lbh sedap...
masukkan dlm freezer dlm sekitar 8 jam dan SIAPPP...


MEMANG MAVERLLOUSS..SEDAP BANGETT..DAN MENYIHATKANNN...

Selamat mencuba! Hubungi saya untuk mendapatkan ESP anda di talian 012-6816979 atau email saja di noorazrinna@yahoo.com.my

Thursday, July 28, 2011

Bagaimana mahu nikmati ESP?

Kredit untuk N
  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)...nantikan resepi.

Sila tambah lagi mengikut kreativiti dan selera anda. Namun jangan sesekali dibancuh bersama teh atau kopi ya mahupun air panas kerana ini akan merosakkan protien itu sendiri.
Boleh juga ESP dan PD.

Tuesday, July 26, 2011

Gabungan mantap.....

ESP dan PD adalah gabungan mantap untuk persediaan menjalankan ibadah puasa. Anda boleh mencampurkan keduanya, atau asingkan keduanya dan nikmati dengan cara berbeza. Sejuk atau panas! Oppp! ESP perlu dibancuh suam, bagi elak kandungan proteinnya mati. Sesuai untuk berbuka atau bersahur.Terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.
Kurma dilupa jangan ! Sebab kurma itu istimewa. Kredit
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".







Hubungi saya di talian 012-6816979 atau emailkan pada noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Monday, July 25, 2011

Beza Antara Vitamin Dan Mineral

Kita selalu dengar perkataan vitamin dan mineral. Adakah sama? Secara umum kita memerlukan kedua-duanya untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Tetapi cara vitamin dan mineral berfungsi adalah berbeza walau dapatanya adalah sama iaitu untuk kesihatan.

Vitamin
Penting untuk menyumbang pada kesihatan optima, membantu dalam proses metabolisma dan biokimia badan untuk mengeluarkan tenaga dari maknan yang di makan.
Vitamin terdiri dari 2 bentuk:-
1. Larut air (water soluble) - perlu diambil harian kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dalam jangkamasa panjang.Contoh vitamin C dan B Complex

2. Larut Lemak (Fat Soluble) - Di simpan oleh badan bagi jangka waktu panjang. Di simpan dalam tisu-tisu dan liver. Contoh Vitamin A, D, E dan K.

Vitamin terdiri dari 3 jenis dalam pasaran

1. Sintetik
 dihasilkan oleh makmal dari bahan tiruan
  • Nutrien dihasilkan dalam persekitaran makmal
  • Bersumberkan tar arang batu
  • Walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza dari semulajadi
  • Dari label - dilabelkan dengan huruf "I" berbanding huruf "d" bagi semulajadi(Rujuk : How to Understand Food Supplement Labels by Dr Bruce B. Miller)
  • Mengandungi gel silika
2. Natural (Asli)
  • Tidak mengandungi bahan yang tidak asli
  • Dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan butrien adalah seimbang yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi
  • Kos penghasilkannya lebih tinggi berbanding sintetik
  • perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti.
  • Pembacaan dilabel menggunakan "d" bagi semulajadi
  • Melalui perkataan "co-factor" seperti bioflavinoids atau biodegradable
  • Tidak mengandungi gel silika
  • Shaklee satu-satunya yang menggunakan vitamin semulajadi (Rujuk : A Consumer Report by Editor of Research Institute for Preventive Health Care)
3. Organic
  • Pemprosesan yang ia lalui mengakibatkan "co-factor" yanga ada padanya rosak atau hilang
  • Nutrien yang khusus dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan mengunakan haba, tekanan tinggi atau pelarit kimia yang kuat
  • Ia tidak sama dengan nutrien semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya
  • Semasa pemprosesan, ia melibatkan haba yang berlebihan dan produk petroleum biasanya digunakan, menyebabkan kehilangan nutrien
Vitamin memerlukan enzim yang akan bertindak sebagai "activators" didalam tindak balas kimia dalam badan iaitu bagi membolehkan semua aktiviti berlaku dengan cepat dan tepat.



Zat Galian (mineral)
Sebagai satu faktor atau 'catalyst' yang mempercepatkan perubahan kimia yang membolehkan semua aktiviti diproses oleh badan.
Berfungsi sebagai "coenzymes" bagi membolehkan semua aktiviti badan bertindak dengan cepat dan tepat.
Diperlukan untuk komposisi cecair badan, pembentukan darah dan tulang disamping mengekalkan kesihatan urat saraf
Terdiri dari 2 kumpulan
1. MACRO (Bulk) dalam jumlah yang besar. Contohnya : Calsium, Magnesium, Sodium, Potassium dan Phosphorus
2. MICRO (Trace) jumlah yang tersangat kecil. Tersimpan dalam tulang, otot-otot dan tisu. Contohnya Zink, Iron, Manganese, Choromium, Selenium dan Iodine

Saturday, July 23, 2011

Jangan Minum Air Sambil Berdiri

Kita sering mendengar saranan supaya minum air putih yang banyak untuk kesihatan diri.Namun, jika cara anda salah ketika minum air putih pun boleh memberi kesan kepada kesihatan diri. Kajian kesihatan akupuntur membuktikan bahawa minum air sambil duduk lebih baik berbanding secara berdiri.

Ini kerana, air putih yang diminum ketika duduk akan disaring oleh 'sfringer', iaitu struktur berotot yang boleh membuka dan menutup untuk disalurkan pada penyaringan di ginjal. Sebaliknya, jika anda minum air putih secara berdiri, air akan masuk tanpa sebarang saringan.

Akibatnya, boleh berlaku penyakit ginjal. Untuk mengatasinya, biasakan minum air sambil duduk, minumlah secara perlahan-lahan dan jangan terburu-buru.


gambar dari google

Sumber: Majalah Rapi 15 Julai 2011

Friday, July 22, 2011

Syyyy....Orang tak tau, Kita aje yang tau !

Salah satu majalah yang saya langgan setiap bulan adalah Rapi sebab bahasanya mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat. Entry kali ini saya nak kongsi apa yang saya baca tentang nutrisi. Kita selalu kata kita sihat kerana tidak mengidap sakit kronik. Tahukah kita tanda-tanda kat bawah itu menunjukkan kita kurang nutrisi yang sepatutnya kita perlukan detiap hari ?

RAMBUT KERING, MENIPIS, MUDAH GUGUR, BERCABANG DAN RAPUH
Anda mungkin kekurangan nutrisi:
Protein, Asid lemak dan zat besi
Perlu ambil:
2 Sajian daging (tanpa lemak) sehari, 2 biji telur seminggu, susu setiap hari, 2 hingga 3 sajian ikan dan cuba ambil tiram untuk tambah zat besi.

KURANG DERIA RASA DAN BADAN SERING LESU
Anda mungkin kekurangan nutrisi:
Zat besi
Perlu Ambil:
Daging merah, tiram, kekapis, kerang, hati, bayam dan brokoli

BIBIR DAN MULUT MENJADI KERING DAN KULIT SEKITARNYA MUDAH MENGELUPAS
Anda mungkin kekurangan nutrisi:
Riboflavin (vitamin B) dan 'nicotic acid'
Perlu ambil
Hati, telur kuning, susu, kekacang, bijirin dan bears perang

MATA SERING MERAH
Anda mungkin kekurangan nutrisi:
Vitamin A dan B2
Perlu ambil:
Produk tenusu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau

MATA MENJADI KABUR TERUTAMA DI WAKTU MALAM
Anda mungkin kekurangan nutrisi:
Vitamin A
Perlu Ambil:
Lebihkan pengambilan makanan seoerti lobak merah, minyak sayuran, minyak ikan kod, brokoli dan tembikai susu

MUDAH LETIH, BADAN LEMAH (OTOT TIDAK KUAT) DAN RENDAH TAHAP METABOLISME DAN MUDAH MEMBAWA KEPADA KEADAAN BERLEBIHAN BERAT BADAN
Anda mungkin kekurangan nutrisi
Protein
Perlu ambil
Pastikan anda minum susu 4 gelas sehari, banyakkan pengambilan ikan, ayam(tanpa kulit), produk kacang soya dan tenusu

'GINGIVAL HEMORRHAGE', KULIT KERING, MUDAH SELSEMA
Anda mungkin kekurangan nutrisi
Vitamin C
Perlu ambil
Banyakkan sayuran dan buah-buahan terutama jenis sitrus

GLOSSITIS LIDAH TERASA KASAR ATAU BERLAKU EDEMA
Anda mungkin kekurangan nutrisi
Vitamin B
Perlu ambil
Daging dan sayur-sayuran

TERASA KURANG SELERA MAKAN, BERAT BADAN TIDAK BERTAMBAH, MUDAH SAKIT DAN BADAN TERASA LEMAH, KULIT MUDAH DIDATANGI RUAM
Anda mungkin kekurangan nutrisi
Iodin
Perlu ambil
Ikan, daging, telur, susu, ayam, itik dan rumpai laut
Sumber : Rapi 15 Julai 2011

Mungkin kita tak dapat memenuhi keperluan badan kita melalui pemakanan yang kita ambil seharian, disinilah pemakanan tambahan diperlukan bagi menampung 'ruang-ruang' kosong yang ditingglkan oleh makanan.

Thursday, July 21, 2011

Lagi Isu Halal Haram Shaklee

Isu halal haram lagi. Jom tengok hasil carian saya.
Kredit untuk Tuty Rahiza

Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.


Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah


Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.
SHAKLEE AMERIKA


SHAKLEE JAPAN















SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE CANADA





















Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, tinggalkan rasa was-was, tapi andai masih ada rasa was-was tinggalkan saja apa yang di was-waskan itu tetapi jangan meracun mereka yang tidak was-was!

Wednesday, July 20, 2011

Mahu Kurus Dengan ESP ?

Hari ini bertemu seorang teman yang menyatakan paha makin mengecil selepas mengamalkan pengambilan ESP yang di campur Performance Drink setiap pagi. Secara teorinya memang ESP membantu bagi mereka yang ingin menguruskan berat badan kerana:-
  1. Tidak mengandungi kolestrol dan laktosa secara tak langsung baik untuk jantung kita
  2. Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum. Apa itu Indeks Glisemik (GI)? GI menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tertinggi manakala GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam mengurangkan berat badan dan kesihatan jangkamasa panjang bagi mengelak diri dari diabetis.
  3. Ujian klinikal menunjukkan ESP terbukti mampu mengekalkan ketahanan tenaga lebih lama dan konsisten dari dari Instant Protein Soy Mix (food) dan pengambilan karbohidrat semata-mata, kesannya kita akan lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Melakukan aktiviti dengan aktif mampu membabar lemak.

Kalian berminat untuk mencuba? hubungi saya di talian 012-6816979 atau email saya azzrra4ever@yahoo.com.sg

Monday, July 18, 2011

Tampal mana yang kurang.....

Protin
2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
Sumber protin termasuk :

Daging, Ayam
Makanan laut *
Telur
Keju, susu dan yogurt
Tauhu
Kekacang

Adakah kita mampu mendapatkan bekalan zat seperti yang dicadangkan? Bagi yang berkemampuan apa kata mencuba ESP bagi melengkapi kekurangan itu!


HUbungi saya untuk mendapatkannya di talian 012-6816979

Thursday, July 14, 2011

Panduan pemakanan ibu yang menyusu

Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.
Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

Protin
2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
Sumber protin termasuk :

Daging, Ayam
Makanan laut *
Telur
Keju, susu dan yogurt
Tauhu
Kekacang

Kalsium
Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
Sumber terbaik kalsium adalah :

Susu, yogurt dan keju
Jus oren diperkaya kalsium
Tauhu
Ikan sardin
Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli

Zat Besi
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk :

Daging, Ayam
Makanan laut *
Kekacang
Buah-buahan kering
Kuning telur

Vitamin C
Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik termasuk :

Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato

Vitamin dan Mineral
Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.

Cecair

Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.


Tip Lain

Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.

kredit

Apa yang Euphoria Breastfeeding Set dapat bantu ialah dengan mengisi kekosongan zat yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan dan diet harian. selebihnya bergantung kepada usaha individu itu tersendiri untuk menjayakan misi penyusuan ibu itu. 3 konsep asas untuk menjayakan penyusuan ialah :-

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU  bagi ibu yang bekerjaya ,membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Hubungi saya di talian 012-6816979 untuk maklumat lanjut




































Wednesday, July 13, 2011

Kisah saya dan ESP

Energizing Soy Protein atau ESP banyak membantu saya melengkapkan 'MISI PENYUSUKAN BAYI SELAMA 2 TAHUN' tapi misi saya 'terlebih' sudah! Sehingga sekarang umur 3 tahun dia masih 'mencari' ketika mahu tidur waktu siang. Seperti biasa bila bayi dah bukan bayi (2 tahun sudah kanak-kanak ye!) proses mengeluaran susu menjadi semakin sikit. Tapi gabungan ESP dan alfalfa membantu proses itu, selain mengamalkan vitamin-vitamin lain. Walaupun tak semeriah dulu, tapi bolehlah dari tiada...he!he!
Selain tu ada satu rahsia besar, gabungan ESP atau jus buah dan alfalfa yang di ambil ketika perut kosong membantu untuk kita buang air besar. Tetapi kena minum byk air masak.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah kita cukup protein setiap hari, boleh tengok kat bawah ni.
Kredit
1. Kulit wajah yang kusam?
2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
4. Rambut sering gugur?
5. Lemah dan tidak bertenaga?




Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Mahu mencuba ESP- hubungi saya di talian 012-6816979-kos pos percuma sehingga 15 Julai 2011

Tuesday, July 12, 2011

Minuman Isotonik Ketika Cuaca Panas!

Akhir-akhir ini cuaca panas terik buat tekak rasa kering dan sakit, walau dah minum berteguk-teguk air. Sebab itu ramai yang mencari air isotonik untuk mencegah dehydration. Tahukah anda Shaklee juga punya minuman isotonik? Secara amnya ia punya ciri yang sama dengan minuman isotonik lain yang dijual dikedai iaitu mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, tetapi ada ciri istimewa yang tak ada dari minuman isotonik lain iaitu :-
  1. Tidak bergas
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina
  3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  4. Ia juga sesuai untuk semua dari kanak-kanak terutama ketika demam atau cirit birit
  5. Sesuai juga untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi 
  6. Sesuai juga untuk penghidap diabetis kerana ia tidak menganggu kestabilan gula dalam darah.

Cara Menyediakannya hanya campur dengan air masak mengikut selera anda, tetapi saya lebih suka bancuhan yang tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Orang kata 'yang sedang-sedang saje'. Anda juga boleh simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dicampur dengan ESP - rasa macam minuman kultur.


Sementara ESP ada offer sehingga 15 Jun 2011 ini, kalian boleh dapatkan sebagai persediaan berpuasa nanti. Untuk siapa ESP ni ?
  1. Untuk ibu yang menyusukan kerana ia membantu melancarkan pengeluaran susuibu, bukankah sebahagian susuibu terhasil dari protein?!
  2. Untuk mereka yang mahu kelihatan jelita tanpa parut jerawat, kerana parut jerawat terjadi kerana sel mati yang tak dapat ditanggalkan disebabkan tiada sel baru yang cukup untuk menggantikan sel mati tersebut. Maka pengambilan protien sangat penting utk pertumbuhan sel baru. Teringat seorang kawan yang amat menyukai ESP dan alfalfa (walaupun tidak menyusukan) sebab katanya rakan-rakan sepejabat selalu bertanya padanya, " Apa rahsia ko kelihatan gebu dan berseri-seri?"
  3. Untuk mereka yang mahu menjaga kesihatan


Untuk pertanyaan sila hubungi saya di talian 012-6816979

Wednesday, July 6, 2011

Petua Minum Air Pada Bulan Puasa

Bila kita berpuasa selalu kita menghadapi masalah untuk minum banyak air masak kerana kita sibuk nak penuhkan perut dengan makanan hingga lupa la pulak nak minum banyak air. Bila sahur rasa-rasa nak minum banyak air tapi memang tak boleh minum banyak pun. Segelas pun rasa dah penuh perut.

Sebenarnya setiap orang punya keperluan air yang berbeza menikut berat badan seseorang. Sifirnya mudah iaitu setiap 25kg berat kita memerlukan 1 liter air, secara purata setiap orang memerlukan 3 litter air. Bagaimana mahu minum air sebanyak itu ketika berpuasa? Mungkin kita lupa dari iftar hingga imsak kita punya hampir 11 jam untuk minum air.

Panduan dan petua ini harapnya dapat membantu antara kita untuk minum banyak air terutama mereka yang bekerja di bawah panas terik dan ibu-ibu yang menyusukan anak.

Cara yang paling mudah untuk minum air ialah...

1. Sediakan air di dalam 2 botol sukatan 1.5 litter
2. Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah dilihat
3. Pastikan minum air setiap setengah jam sebanyak 3 teguk
4. Minum air juga selepas menyusukan bayi atau selepas ke tandas, minum 1-2 gelas agar dapat gantikan air yang nyah dari tubuh tadi
5. Kena habiskan air yang kita dah sukat dalam botol tu
6. Dapatkan Perfomance Drink bagi sebagai langkah untuk memastikan badan tidak dehydrate kerana kerap membuang air kecil, atau jika kita gagal untuk menghabiskan air yang kita sukat itu.

Performance drink adalah minuman ahli sukan. Sejenis minuman isotonik tetapi tidak bergula yang ada hanyalah OptiCarb. Saya suka mencampurkan dengan ESP. Rasanya macam minuman kultur perisa oren !

Hubungi saya di talian 012-6816979

Tuesday, July 5, 2011

Protein Dan Anda.....

Kredit Untuk Puan N
Ada kenalan bertanya, mengapa mukanya penuh dengan tompok-tompok hitam akibat kesan bekas jerawat lama....apakah ia sebenarnya? Kesan tompokan hitam itu adalah sel mati yang tidak dapat digantikan dengan sel baru yang lebih baik. Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ.  Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protein sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.


PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%
TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah


Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Ibu yang menyusukan: menambah dan mengekalkan milk supply ; increase berat badan baby healthily. ESP juga membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.


Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak mati (air kosong)/ sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....JANGAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.

Namun, diingatkan.. ESP tidak boleh diambil lebih daripada 3 sudu besar sehari, ok. Ada sebabnya kenapa perlu dihadkan. Nanti saya akan terangkan dalam entri lain. As for now, just keep in mind.. bersederhana adalah terbaik.


Jadi, tunggu apa lagi? Bagi ibu-ibu menyusu, dapatkan Pakej Triple M yang terdiri daripada Trial Pek Set B, Ostematrix dan ESP.



Monday, July 4, 2011

Vitamin Untuk Mereka Bergelar Pelajar

Anda seorang ibu atau bapa yang punya tugas sebagai seorang pekerja dan penuntut ?Dua vitamin ini adalah sebahagian usaha anda sebagai 'booster' kecermelangan anda. Walaubagaimanapun ia tidak mengambil alih tugas anda untuk belajar, menyiapkan tugasan dan tugas-tugas rutin anda sebagai pekerja atau ibu dan bapa ye! Selain usaha, berdoa dan bertawakal adalah perlu yang mengiringi perjuangan anda sebagai seorang pelajar.

B COMPLEX
Vitamin yang paling penting adalah B Complex kerana fungsi keseluruhannya adalah untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan punya ciri istimewa di bawah yang membantu dalam untuk meningkatkan kapasiti pembelajaran, lebih tumpuan dan keupayaan mengingat dengan lebih baik:-
  • B1 (thimine) yang digelar vitamin "morale" untuk urat saraf yang sihat dan learning capacity
  • B2 (riboflavin) untuk stamina dan kekuatan otak dan menambah oksigen dalam otak
  • B3(niasin) untuk urat saraf yang sihat
  • B5(pantothenic acid) Selain berfungsi supaya urat saraf sihat untuk memastikan kurang rasa stress, keletihan atau kelesuan.
  • B6(pyridoxine) iaitu menukarkan glycogen kepada tenaga serta membantu pengeluaran sel darah merah
  • B12(cyanocobalamin) untuk meningkatkan konsentrasi dan ingatan
  • Folic Acid berfungsi untuk kesihatan mental dan emosi selaian membantu pengeluaran darah merah
  • Biotin untuk mengurangkan depression
 

LECITHIN
Vitamin ke-2 yang diperlukan penting untuk penuntut adalah lecithin. Berikut adalah ciri istimewa lecithin untuk kesiapsiaga otak sebagai menimba ilmu :-
·     Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
·     Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini  dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
·    Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak  adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi saya di talian 012-6816979.

Sunday, July 3, 2011

Performance Drink




Ada antara ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak mudah rasa sakit kepala, pening2 semasa berpuasa. Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tidur, stress dan banyak lagi. Dalam kes ini, pengambilan Performance Drink sewaktu bersahur dan berbuka puasa amat membantu. Minuman ini memastikan kandungan gula dalam darah seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi.

Fakta menarik tentang Performance Drink.

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Namun, ia tidak terhad kepada ibu menyusu dan mengandung aje tau .. seisi keluarga sangat digalakkan untuk mengamalkannya.

Cataan saya:
Telefon: 012-6816979
Email: noorazrinnapalil@yahoo.com.my

Friday, July 1, 2011

Ostematrik Bukan Sekadar Untuk Tulang...




Sebab apa kita perlukan kalsium ? Semua orang tahu untuk elak osteoporosis dan untuk kuatkan gigi. Apa sumber biasa yang kalian ambil untuk dapatakan kalsium? Sudah pasti anda menjawab susu la.... Sebenarnya Berapa bayak susu yang perlu anda minum sehari untuk mendapatkan bekalan kalisium ? 1,000mg sehari untuk orang dewasa dan 1,200mg untuk wanita yang hamil dan menyusukan anak? Dari sumber yang saya baca, lebih kurang 4 gelas susu sehari anda kena minum. Selain sumber susu? Anda boleh baca coretan saya kat sini. Walaubagimanapun, bagaimana untuk mengetahui kita mendapat sumber kalsium yang mencukupi? Bagaimana pula lemak yang tersembunyi di sebalik susu dan keju itu?

Kerana itu para saintis Shaklee telah 'menghadirkan' ostematrix dalam industri pemakanan tambahan. Okey kita tengok apa ada dalam ostematrix ni ye....
Mula-mula kita perhatikan bahawa kalsium umpama batu-bata bagi pembentukan tulang yang kuat dan sihat, tetapi ia akan menjadi kuat dan lebih kukuh apabila disimen dengan vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan. Kesannya, kalsium memperolehi sokongan yang diperlukan untuk membina kepadatan tulang terutama ketika umur kita meningkat.

Selama ni kita cuma tahu kalsium cuma untuk tulang, tahukah kita bahawa kalsium 'lebih' dari itu? Tengok kat bawah ni!
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf bagi membolehkanotot berada dalam keadaan stabil dan saraf berfungsi dengan baik
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retension air,mudah marah dan kemurungan.
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Mengurangkan rasa stress dan membantu untuk tidur dengan lebih nyenyak
  • Membantu pencegah penyakit gusi
Mengapa Shaklee ?
  • Penyerapan sebanyak 95% larut dalam masa yang ditetapkan
  • Setiap 4 biji menyediakan :- 650mg kalsium. 400mg magnesium,500mg fosforus dan 200IU vitamin D

Anda berminat? hubungi saya di talian 012-6816979 untuk maklumat lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...