Monday, June 13, 2011

Makan Vitamin Tapi Tak Ada Apa-Apa Kesan ?

Secara amnya kita semua serasi dengan vitamin, kerana tubuh badan kita sendiri tediri daripada pelbagai vitamin yang diperolehi daripada makanan. Walaubagimanapun ada beberapa faktor yang menyebabkan tubuh enggan serasi dengan vitamin yang kita makan. Antaranya adalah :-

Sebab Pertama:
Kurang minum Air
Alasan golongan ini kerana malas ke tandas. Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang banyak.  Ia bertujuan untuk menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Kekurangan air menyebabkan badan menjadi semakin letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam. Selain itu kekurangan air akan menyebabkan kulit muka semakin ditumbuhi oleh jerawat, kerana toksin gagal dilepaskan melalui urin lantas 'menembak' liang roma kulit.

Sebab Kedua:
Minuman Berkafein
Secara umum ramai yang tahu pengambilan minuman berkafein membantu dirinya cergas dan kurang mengantuk. Ya, betul jika ia di ambil dalam dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi jika terlebih ambil tubuh menjadi semakin letih dan hilang tumpuan kerana kafein berlebihan akan meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah.
Kafein berlebihan juga akan menyebabkan vitamin yang sedia ada dalam badan musnah dengan paksaan kerana minuman berkaffein akan menyebabkan rasa mahu membuang air kecil dengan lebih kerap. Secara tak langsung menyebabkan vitamin dalam badan 'dipaksa' keluar dari badan. Nanti saya ceritakan lagi kesan pengambilan kaffein dalam next entry ye!

Sebab Ketiga:
Gemar akan Gula
Selalu yang kita tahu gula dikaitkan dengan diabetis? Tahukah anda bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan penyerapan mineral dan vitamin dalam badan? Jadi berapa banyak gula yang badan kita perlukan? Menurut WHO mencadangkan wanita Asia mengambil gula tidak melebihi 40 gram sehari.

Sebab Keempat
Tidak konsisten dalam usaha
Kadang-kadang kita tidak konsisten dalam pengamalan pengambilan vitamin, kerana 90 hari diperlukan oleh badan untuk membaikpulih  sel dalam badan. Bagi ibu yang menyusukan pula, gagal membuat perahan konsisten iaitu setiap 3 jam sekali atau sehingga payudara benar-benar kosong, kerana menyangka susu akan mencurah dengan hanya mengamalkan vitamin tanpa usaha mengepam.

Sebab Kelima
Tidak seimbang
Kita selalu lupa setiap usaha perlu pendekatan dengan Pencipta. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakan dalam kehidupan seharian, kerana ia menjadikan kita berada dalam arus alfa yang membolehkan kita bertenang dan bersabar selalu. Bagi bukan Islam pasti ada pendekatan keagamaan masing-masing yang menuntut penganutnya mendekatinya dalam setiap usaha yang dilakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...