Wednesday, May 25, 2011

Teknik 'Power Pumping'

Power Pumping adalah teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia merupakan cara biasa yang semua ibu tahu iaitu mengepam tetapi dengan cara yang lebih unik kerana meniru cara bayi menyusu.

Macamana nak buat teknik ini ?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Bila nak lakukan?
Saya berpendapat adalah lebih sesuai dilakukan ketika hujung minggu atau ketika masih dalam pantang kerana ibu tidak perlu terkejar-kejar.

Waktu yang sesuai melalui pembacaan dan pengalaman saya adalah pada tengah malam hingga hampir waktu subuh kerana pada waktu itu hormon susu adalah amat tinggi.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Biasnya ia mengambil masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Mungkin pada permulaan anda hanya pam angin atau cuma dapat setitik dua susu. Tapi setelah beberapa kali dilakukan anda akan dapat hasil yang di mahukan.

Bagaimana dengan pengambilan vitamin?
Pengambilan Set B bersama kalsium dan ESP membantu proses ini. Bagi yang ingin mencuba tetapi rasa kurang berkemampuan boleh mencuba Set M.


Hubungi saya untuk mendapatkan Set Penyusuan ditalian 012-6816979 atau email di noorazrinnapalil@yahoo.com.my




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...