Tuesday, May 31, 2011

Penyusuan Tak Perlukan Vitamin


Seolah-olah menjadi trend apabila berniat hendak menyusukan anak, maka si ibu meletakkan syarat untuk membeli vitamin. Hakikatnya vitamin ini tidak membanyakkan susu. Vitamin disarankan kepada ibu yang menyusukan anaknya dan tidak mengambil makanan seimbang dalam pemakanan seharian.
Seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susuibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sustained sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susuibu kepada si manja.


Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DI SUSUKAN atau LEBIH KERAP PENGOSONGAN PAYUDARA DILAKUKAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dengan penuh disiplin dan konsisten.

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU  bagi ibu yang bekerjaya ,membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.



* ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...