Monday, May 9, 2011

Kuku 'Duta' Anda !

Selalu kita ni begitu mengambil berat penjagaan muka. Sebab itulah pandangan pertama orang pada kita. Bagaimana pula kuku tangan dan kaki kita ?
Kat bawah ni saya sertakan  Tip Penjagaan Kuku Tangan Dan Kaki :-

1. Gunakan losyen tangan selepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan dan mencuci baju. Pakai sarung tangan jika anda perlu menyentuh serbuk pencuci

2. Kerap mengurut kutikel supaya kuku terbentuk dengan cantik.

3. Makan buah-buahan dan lebihkan pengambilan diet tinggi protein

4. Penjagaan kuku kaki dan tangan sebenarnya berbeza. Kuku kaki harus disental untuk memastikan kotoran di situ mampu dihakis.

5. Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.

6. Amalkan pemaknan tambahan jika anda terasa pengambilan diet seharian tidak mencukupi.  Saya berpendapat bahawa kuku yang sihat dan cantik bermula dari badan yang sihat, kemudian baru terpancar serinya di kuku. Tak percaya ? Cuba kalian baca hasil bacaan saya di bawah ni.
  • Tubuh badan yang sihat mempunyai kuku yang berwarna merah jambu yang segar
  • Sakit berkaitan hati akan menyebabkan kuku menjadi putih pucat
  • Sakit buah pinggang pula menyebabkan kuku terbahagi kepada dua warna iaitu merah jambu dan putih
  • sakit jantung membuatkan 'nail bed' bertukar menjadi warna merah
  • sakit paru-paru menyebabkan kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
  • Kurang darah (anemia) menyebabkan kuku berwarna pucat
  • Diabetis pula menyebabkan kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya
Mahu cuba Shaklee sebagai usaha atau insurans kesihatan anda ? Hubungi saya pada talian 012-6816979
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...