Saturday, May 28, 2011

Bangun Tidur Kena Minum Air !

Air bukan setakat hilangkan dahaga, tetapi ia berfungsi untuk membantu pertumbuhan sel, keluarkan toksik dari tubuh, membantu proses metabolisme dan penyerapan vitamin.

Apabila bangun dari tidur kita hendaklah meminum air putih kerana sepanjang kita tidur tubuh akan mengeluarkan banyak cairan melalui pengewapan. Ini kerana tubuh tidak pernah berhenti bekerja semasa kita tidur. Sebab itu, sebaik kita bangun dari tidur, kita akan rasa dahaga. Keadaan ini perlu dipulihkan dengan meminum air sebanyak 250ml hingga 500ml air bergantung kepada berat badan seseorang. Jika kita tidak minum air sebaik bangun dari tidur tubuh akan kekurangan mineral.

Sebelum tidur juga kita perlu minum air tetapi tidak terlalu banyak kerana ia akan membuatkan kita sering terjaga malam untuk membuang air kecil selain ia akan memudaratkan fungsi jantung dan ginjal.

Sumber : Mingguan Wanita 13-19 Mei 2011

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...