Thursday, May 26, 2011

Apa itu 'Let Down Reflexs' ?

Pernahkan anda merasai Let Down Reflexs? Anda tak tahu pun apa itu Let Down Reflexs? Apa kata kita semak kat bawah ni sama-sama, kerana pada saya penyusuan susuibu bererti si ibu juga akan menambah ilmu dari segenap segi.

Let Down Reflexs?

Ibu akan merasa seperti nyeri/jejarum pada breast semasa menyusu atau pam dan kesannya pada ketika itu susu akan memancut dengan banyak.

Mengapa Let Down Reflexs Terjadi?

Semasa anda menyusukan bayi, stimulation di aerola akan menyebabkan nerve di sekitar nipple menghantar signal ke otak. Kesannya kelenjar pitutari merembeskan hormon oksitosin melalui pembuluh darah menyebabkan otot disekeliling milk gland mengecut dan mengalirkan susu ke milk ducts

Fungsi Let Down Refleks?
  1. Memastikan breast dapat dikosongkan sepenuhnya
  2. Memastikan pengaliran susu yang lancar kepada bayi
Bagaimana Untuk Mendapatkan Let Down?
  1. Latih bayi di minggu-minggu awal kelahiran untuk menyusu secara terus (direct Feeding-DF) hingga mendapatkan Let Down yang estabish.
  2. Berada dalam keadaan yang tenang ketika menyusukan bayi atau ketika mengepam, maksud saya tidak tergopoh-gopoh.
  3. Banyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi anda ketika tidak menyusukan, bayi hanya pakai lampin sahaja.
  4. Boleh tengok gambar bayi ketika mengepam
  5. Minum air dengan banyak
  6. Makan makanan berkhasiat
  7. Pengambilan vitamin untuk menampung kekurangan vitamin dalam badan si ibu yang boleh menyebabkan stress dan keletihan.
  8. Urut belakang untuk menggalakkan pengeluaran susu (minta tolong suami ye!)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...