Thursday, April 28, 2011

Nak Tau Vitamin Yang Anda Makan Asli ke Tidak?

Anda prihatin dengan apa yang anda makan?
Anda mahu tahu vitamin itu asli atau sintetik? Jom buat eksperimen ini.

Cuba amik multivitamin yang anda makan, genggam dalam beberapa saat. Jika melekit dan warnanya melekat pada tangan anda, ianya adalah sintetik dan sudah pasti ia mengandungi pewarna tambahan. Jika tidak melekit dan warna tidak luntur...ianya adalah asli!

Multivitamin yang lengkap perlulah mengandungi zat besi [iron] maka tidak perlu mengambil tambahan pil zat besi apabila multivitamin ini lengkap dengan zat besi :)

Wednesday, April 27, 2011

Anda Nak Tahu Rahsia Vitamin B Compleks ?

Apa yang rahsia sangat dengan vitamin B compleks Shaklee ni?

1. Vitamin B berfungsi memberikan rasa tenang saat kita dibelenggu rasa stress, sedih dan emosi negatif lain.

2. Gabungan tiamina(B1), riboflavin (B2), niasin(B3), piridoksina (B6) kobalamin (B12) asid folik, asid panthothenik dan biotin membantu melangsingkan badan kerana vitamin ini membantu dalam menukarkan makanan menjadi tenaga, membantu metabolisme lemak, protein, karbohidrat di samping mengawal keadaan hati

3. Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina

4. Yang paling istimewa, vitamin B Compleks Shaklee dilengkapi Sistem Penyerapan Boaktif Berpaten atau dalam istilah yang mudah kita nak faham asid folic yang terdapat dalam B compleks tidak dapat diserap dengan mudah, namun Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik untuk memudahkan zat tersebut menyerap dalam badan. Kalau nak tau, teknologi berpaten ni ekslusif untuk Shaklee saje.

Untuk Siapa B Compleks Ni ?
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan  yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang
Kita semua termasuk dalam salah satu golongan ni kan? Untuk dapatkan keterangan lanjut hubungi saya di talian 012-6816979.

Saturday, April 23, 2011

Vitamin E Untuk Cantik Dan Awet Muda

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.
Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols. Akan tetapi, komponen yang mempunyai nilai ) dalam IU seperti gamma-tocopherols adalah penting dalam menjana antioksidan.

Khasiat Vitamin E

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.

Friday, April 22, 2011

Ella Pun Makan Vitamin Tau!

Ella atau lebih dikenali sebagai Ratu Rock Malaysia sejak dari saya kecil lagi gelaran tu diberi kepadanya. Entah berapa kali gelaran tu cuba 'dirampas' oleh penyanyi wanita yang silih berganti. Tapi Ella masih kekal pada 'class' nya yang tersendiri. Surat khabar Utusan pagi ini bertarikh 22 April 2011 telah mencungkil rahsia awet muda Ella walau umur telah hampir mencecah 45 tahun. Menurutnya "Berfikiran positif dan senaman merupakan jamu yang saya amalkan untuk terus kelihatan muda" Ella juga mengakui mengambil vitamin tertentu untuk menjaga kesihatannya. Menurutnya "Apabila sudah sampai peringkat umur tertentu macam Ella sekarang, perlu dan penting pengambilan supplement agar tubuh kita kekal sihat dan tidak bermaya"
photo by runwitme.blogspot.com

Mungkin anda mahu mencuba Vitalea sebagai permulaan untuk kekal cergas sepanjang hari ? Hubungi saya pada talian 012-6816979 untuk keterangan lanjut. 

Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindunganPakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Perbezaan Shaklee
Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
Kualiti yang luar biasa
  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*



Thursday, April 21, 2011

Rahsia Penyusuan Susuibu Kini Ada Dalam Tangan Saya...

Anda dan saya adalah ibu bekerjaya tetapi masih tetap mahu penyusukan bayi anda secara ekslusif tanpa bantuan susu formular? Secara peribadi saya mengakui sebenarnya memang mencabar untuk meneruskan penyusuan ekslusif kepada bayi anda. Tekanan kerja dan persekitaran yang tidak mesra dengan menyusuan susuibu kerap membuatkan saya rasa 'down'. Tapi akhirnya saya berjaya melalui tempoh penyusuan ekslusif selama 6 bulan dan seteruskan melengkapkan susuibu bersama makanan pejal hinggal bayi berusia 2 tahun.
Saya berkenalan dengan Shaklee ketika bayi berusia setahun setengah, sejak itu dan sehingga kini saya masih setia bersama Shaklee.
 
Terkini, Puan Pengetua GBS telah mencipta formular sifir untuk meningkatkan susuibu bersama produk Shaklee yang di beri nama TRIPPLE M. Berikut adalah testimoni mereka yang telah mencuba formular sifir :
Mahu tahu formular sifir penyusuan susuibu ni ? Sila dapatkan Pakej Tripple M ini melalui saya, akan saya kongsi Formular Sifir ini bersama anda.
O ye, pasti kalian tertanya-tanya apa bendanya Pakej Tripple M mengandungi vitamin dalam set B, Kalsium@ Ostematix dan ESP (Energizing Soy Protien).
Saya pasti ramai yang dah tahu kebaikan dan kepentingan set B, oleh itu saya ringkaskan ye!
 
Kredit To N
Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.


Bagaimana dengan Kalsium@ Ostematrix? Apakah kebaikannya?
Dalam susuibu, antara kompisis vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali.
Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE 
 
Apa kebaikan ESP @ Energizing Soy Protien?

Kompisisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
 
KELEBIHAN SOY PROTEIN-VANILLA


 

Thursday, April 14, 2011

Syyhh..... Nak Rahsia Banyakkan Susuibu?

Secara umum ada perkara wajib yang seorang ibu yang bertekad untuk menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun ye !
1) Menyusukan bayi secara direct
2) Mengepam mengikut waktu yang tetap, dan teknik pengepaman yang betul.

Bagaimana pula dengan pengambilan vitamin?

Vitamin membantu tempoh menyusuan itu, contohnya vitamin dalam SET B sangat membantu badan ibu sustained bertenaga dan membantu mood ibu lebih ceria kesannya ia membantu ibu lebih bersemangat menyusukan bayi atau membuat sesi perahan yang konsisten di pejabat.
Tapi nak tahu tak, teknik pemakanan vitamin sangat penting untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Nak tahu apa rahsianya?  Syyyhhh.......




Wednesday, April 13, 2011

Ubat Tahan Mengantuk Saya

Kerapkali kena memandu sendirian untuk tugas-tugas luar kadangkala datanglah si mengantuk. Apatah lagi bila perut penuh dengan karbohidrat, memandu bersendirian disamping waktu tengahari. Memanglah tersangatlah mengantuk......
Sejak mengenali B Compleks Shaklee, selalunya memang saya bawa sebotol Shaklee dalam handbag. Sebelum memulakan perjalanan saya akan ambil B compleks beserta air masak secukupnya.

Mengapa B Compleks?

Kerana fungsi utama B Compleks adalah untuk metabolisme protein, lemak dan karbohidrat. Ini bermakna apa yang kita makan akan ditukar mejadi tenaga. Kesannya kita akan jadi lebih bertenaga. Pengambilan air yang mencukupi juga adalah perlu untuk membantu proses metabolime ini.

Apa istimewanya B Compleks Shaklee ni?

* Ia mempunyai sistem penyerapan Bioaktif Berpaten iaitu asid folik yang terkandung didalam B compleks ini sebenarnya tidak mudah diserap oleh badan dengan mudah. Oleh kerana itu Shaklee telah mencipta selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat itu lebih mudah diserap oleh badan

* Mengandungi Kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan termasuk biotin iaitu sejenis komponen vitamin B compleks yang banyak syarikat pengeluar vitamin tidak sertakan kerana harganya yang sangat mahal.

*Berbentu tablet yang mudah ditelan


Wednesday, April 6, 2011

Vitamin Untuk Si Rabun


photo by google

Biasakan kita dengar nak mata cerah makanlah lobak banyak-banyak. Tahukah anda kesan dari memakan lobak dalam kuantiti yang banyak pada kesihatan ?

Menurut satu artikal yang saya baca memakan lobak dengan kuantiti yang banyak mendedahkan diri kepada risiko kanser paru-paru terutama mereka yang merokok.

Sebatang carot mengandungi 200x vitamin A yang diperlukan oleh badan. maka tak boleh diambik banyak atau selalu boleh sebabkan toksik. Tanda terlebih vitamin A dalam badan, mata dan tapak tangan kuning.

Selain itu menurut satu artikal yang diterbitkan oleh Mingguan Malaysia yang bertarikh 20 Februari 2011 mengatakan, lobak mempunyai kandungan Glimiks Indeks (GI) yang tinggi iaitu 70 berbanding jenis sayuran lain. Apa itu  GI? Ia adalah Makanan yang mempunyai kandungan indeks yang tinggi mudah dan cepat menjadi gula dalam darah. Peningkatan kadar gula yang cepat menjadi signal yang membuatkan sel islet of langerhans aktif bekerja. Maka insulin akan dikeluarkan dengan banyak sekali dan apabila terlalu aktif ia akan menyebabkan insulin rosak yang tidak dapat di kesan oleh sel-sel badan. Kesannya perut, organ jantung dan hati pula mula berlemak seterusnya akan berlaku peningkatan berat badan dan dalam jangkamasa panjang sekiranya peningkatan gula dalam badan akan menyebabkan diabetis.

Oleh kerana itu, kita tidak digalakkan untuk mengambil vitamin A dalam bentuk pure seperti vitamin B, Vitamin C dan sebagainya. Lalu Shaklee telah mencipta Corotomax yang berbentuk pro-vitamin A iaitu ia hanya akan ditukar kepada vitamin A sekiranya diperlukan oleh badan.

Walaubagaimanpun buat masa ini bekalan Corotamox masih tiada di Shaklee Malaysia. Ia dijangka akan berada dalam pasaran malaysia sekitar bulan Mei atau Jun 2011 ini
Nantikan....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...