Thursday, March 24, 2011

Rahsia Seniwati Mariani Kekal Sihat Dan Aktif ?

Kenalkah anda dengan Seniwati Mariani Ismail?

Imej dari Google

Berdasarkan rekod diari perfileman tanahair merupakan satu-satunya pelakon wanita era Jalan Ampas yang masih aktif sehingga tarikh artikel mengenainya dikeluarkan iatu pada 19 Oktober 2009. Membabitkan diri sebagai anak wayang ketika berumur 20 tahun selepas 3 tahun bergelar Ratu Cantik pada 1951. Ada beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan mengenai kehidupannya seniwati ini.

1) Masih aktif
Tidak boleh memandu, jadi beliau sering menggunakan pengakutan awam dan LRT. Sesekali beliau akan dilihat berjalna-jalan hampir 1 km ke stesen LRT Chan Sow Lin dari kediamannya untuk ke LRT.

2) Masih berlakon
Walau usia telah menginjak 78 tahun kerana menganggap berlakon pada usia emasnya adalah satu bonus.

3) Senang dengan cara hidup sederhana
Kerana beliau menganggap kekayaan ada ketikanya akan membuat kita lupa diri dan lupa bahawa kekayaan adalah sementara.

4) Jauh dari penyakit
Dikatakan tidak menghidap sebarang penyakit di usia 77 tahun

5) Mengamalkan vitamin
sejak berusia 15 tahun sehingga kini untuk mengekalkan kecergasan tubuh badannya.

Diubahsuai dari Artikel : Utusan Malaysia Selasa 19 Oktober 2010


Anda bagaimana? Mahukan kekal sihat dan aktif ketika melalui usia emas anda? Tak mahu cuba vitamin Shaklee?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...