Monday, March 14, 2011

Formula Berapa Banyak Air Yang Tubuh Kita Perlu Setiap Hari?

Mengapa saya suka sangat bercerita tentang air ye? Sebab lebih kurang 50-60% tubuh kita mengandungi air. Darah mengandungi 90% air, otak kita mengandungi 85% air, 72% dalam otot, 71% dalam kulit dan 30 % dalam tulang.

Berapa banyak kita nak minum air ni? Biasa kita dengar 8 gelas air. Tetapi itu adalah minimum dan hanya sesuai untuk anda yang punya berat optimal. Bagaimana pula anda yang berbadan besar? Kena tambah 1 gelas lagi untuk setiap 12 kg berat tambahan. Pening macamana nak kira ? Saya dapat maklumat dari pembacaan bahawa air yang diperlukan oleh tubuh pun ada formulanya. Begini formulanya :-

Berat badan dibahagi 30 = Jumlah air yang tubuh anda perlukan dalam sehari
Contohnya berat saya 57kg dibahagi 30 = 1.9 litter (senang cakap tubuh saya perlukan 2litter air sehari).

Apa lagi, jom minum air!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...