Friday, January 7, 2011

Vitamin Itu Satu Insurans

Apa yang kita tahu tentang insurans? Kita membelinya untuk membantu kita apabila menghadapi risiko pada masa depan sekiranya sesuatu yang tidak kita ingini berlaku yang akan menyebabkan kesusahan pada diri sendiri dan ahli keluarga. Dengan mengambil insurans bukan bererti kita kebal dari menerima pelbagai risiko, tapi setidak-tidaknya insurans adalah satu usaha kita untuk meringgankan beban kita menghadapi risiko kehidupan. Contohnya jika kita ditimpa sakit yang memerlukan perbelanjaan rawatan yang tinggi maka sebahagian besar atau keseluruhan rawatan akan ditanggung oleh pihak insurans, bergantung kepada jenis dan jumlah caruman insurans.

Begitu juga dengan pengambilan vitamin, menurut Dr Bruce Miller ia berfungsi untuk mencegah sesuatu penyakit atau gejala yang disebabkan oleh kekurangan nutrien ini . Contohnya kita tetap terdedah kepada batuk dan selsema, tetapi melalui pengambilan vitamin kita mampu mengurangkan gejala selsema yang biasanya mengganggu tugasan harian dan memudahkan kita sembuh dari selsema dengan lebih cepat dari biasa.


Oleh itu vitamin boleh kita anggap sebagai insurans kerana ia sebagai suatu ikhtiar kita untuk menghadapi risiko kehidupan kerana mungkin kita beranggapan bahawa corak pemakanan kita sudah cukup berkhasiat mengikut piramid makanan yang kita belajar sejak dari sekolah rendah lagi tu, tetapi benarkah kita mampu mengikutnya? Oleh kerana itu vitamin itu diperlukan untuk menampung kekurangan vitamin yang sepatutnya kita terima melalui makanan. Oleh kerana itu, pengambilan makanan tambahan bukan bererti kita tidak perlu kepada makanan, tetapi perlu sebagai keseimbangan antara keduanya, contohnya apabila kita mengambil lecithin untuk mengurangkan berat badan, adalah amat perlu kepada makanan yang berserat tinggi contohnya buah-buahan, sayuran dan air putih- secara tidak langsung melalui pemakanan vitamin kita cuba berubah untuk menjaga dan pengawal pemakanan kita supaya mendapat kesan maksima dari vitamin yang kita ambil.

Bagaimana pula tanggapan bahawa pengambilan vitamin itu juga menjadi punca kepada sakit lain pula? Berbalik kepada insurans tadi, bagaimana sekiranya kita mengambil insurans yang tidak estabish syarikatnya? Bukankah kita juga berisiko? Jadi carilah vitamin yang kita yakini keberkesanan melalui penyelidikan yang berkala, telah lama dipasaran (Shaklee telah 50 tahun di pasaran).

Bagimanapula sekiranya kita telah mengambil makanan tambahan dari sumber yang asli tetapi tetap tidak dapat memberi pulangan seperti yang kita mahu? Kita kena tengok balik kesesuian vitamin itu dengan kita, contohnya alfalfa adalah tidak sesuai di ambil oleh mereka yang mempunyai masalah SLE, jadi kita elakkan. Begitu juga insurans, kita kena tahu jenis bagaimana yang kita mahukan. Adkah kita mahu yang berbentuk insuran sihat atau insurans rawatan. Disini perlunya ilmu dalam setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini.


Selain itu, sebagai hamba Allah kita juga amat digalakkan berdoa untuk mendapat apa sahaja kebaikan yang kita mahukan setelah segala kita usahakan. Begitu juga dengan menjaga kesihatan melalui pengambilan vitamin dan insurans yang kita bayar setiap bulan atau tahunan agar ia memberi manfaat pada kita dan keluarga. Bukankah kita digalakkan untuk berusaha, berdoa dan bertawakal?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...