Friday, January 14, 2011

Set Bersalin

Mengambil Set Asas Bersalin  bukan bererti anada tidak perlu berpantang secara tradisional. Amalan berbengkung, berstokin, bertangas, pilis, berurut dan sebagainya adalah amat digalakkan untuk 'mencantikkan' diri dari luar. Bagaimana pula dengan 'mencantikkan' diri dari dalaman pula? Di sini vitamin ambil peranan. Jika kita lihat selepas bersalin di hospital pasti ibu-ibu dibekalkan dengan vitamin kan?
Apa yang terkandung dalam Set Bersalin ni?

a) Vita-Lea Iron Formula/ Multivitamin
  • Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian penting termasuk iron yang diperlukan untuk membina darah.
  • Membantu proses metabolisme yang dilakukan oleh vitamin B yang membuatkan tubuh sentiasa berada dalam keadaan hangat. 
  • Sesetengah doktor menggalkan pengambilan zat besi bagi ibu yang menyusukan bayi bagi menggelak dari mudah pitam.

b) B Compleks
  • Fungsi utama b compleks adalah 'memetabolismekan' atau dalam erti kata lain menukarkan karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga - kesannya badan akan sentiasa rasa hangat kerana proses tersebut. Bukankah ibu-ibu dalam pantang memerlukan keadaan yang sentiasa hangat?
  • Selain itu kesan dari metabolisme ini akan menyebabkan ibu merasa lebih bertenaga bagi menghindari kemurungan yang kerap berlaku kepada ibu yang baru lepas bersalin.
  • Rasa bertenaga ini mampu memudahkan proses penyusuan ibu kerana ada sesetengah bayi yang ketika baru lahir tidak pandai menyusu dan ia menuntut kesungguhan ibu untuk mengajar bayi menyusu.
  • Vitamin b compleks juga akan membuatkan wajah ibu nampak cantik berseri dan tidak kusam.
  • Selain itu sesetengah ibu baru lepas bersalin menghadapi masalah rambut gugur, vitamin B ini mampu menjadi penawar sebagai sebahagian usaha untuk mengelak dan mengatasi rambut gugur kerana 5 daripada 8 kandungan vitamin B ini adalah untuk rambut.

c) Vitamin C
  • Penting sebagai antioksidan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.
  • Selain itu ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah puting melecet, luka berdarah teruma bayi yang baru lahir kerana ketidakbolehan bayi untu menyusu dengan betul.
  • Vitamin C juga dapat membantu pembentukan kolagen yang lebih baik seperti yang kita tahu ia berfungsi untuk memastikan kulit tidak mengelabir.
  • Selain memberi kesan kulit semakin berih, cerah dan cantik.

d) Zink
  • Ia berfungsi untuk mempercepatkan baiknya luka bersalin.
  • Tahukah anda, 'gabungan padu' di antara zink dan B compleks membantu menggelakkan dari keguguran rambut selepas bersalin?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...