Friday, January 21, 2011

Hapuskan Kolestrol Demi Jantung Anda

Anda perasan tak kadang-kadang kita macam sukar bernafas? Sesak nafas walau memang tiada penyakit berkaitan pernafasan seperti semput, astma dan sebagainya? Atau ada biji-biji putih di bawah mata?Itu tanda salah satu tanda kadar kolestrol anda tinggi dalam badan.

Apa itu kolestrol? Kolesterol dalam mudahnya ialah lemak yang terdapat dalam salur darah. Lemak terdiri dari lemak baik dan jahat. Lemak yang terkumpul dalam salur darah ini boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit dan mengeras, inilah yang menjadi punca sakit. Kalau dulu mereka yang berumur tapi kini pelbagai faktor yang menjadikan penyakit ini 'mampu milik' semua golongan tak kira tua atau muda.

Bagaimana mahu mengatasinya? Ada produk Shaklee yang dapat membantu? Tapi ada beberapa perkara asas yang perlu anda ubah sikit dalam kehidupan anda. Jom tengok!

1) Minum air - Pastikan anda minum 3 litter air sehari.

2) Mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak - Oh! mesti la kan?

3) Pengambil buah-buahan dan sayuran dengan banyak-Oh mestilah...

Bagaimana dengan vitamin? Jom tengok!

Secara asas vitamin yang diperlukan adalah:-

Fiber:
  • berfungsi untuk menyerap dan membuang segala lebihan gula dan kolesterol dalam darah melalui perkumuhan.
Vitamin C
  • Vitamin C dapat melancarkan peredaran darah, kolestrol yang tinggi menyebabkan salur darah salur darah tersumbat. Itu yang menyebabkan kadang-kadang kita menghadapi kesukaran bernafas.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat
Vitamin B Compleks
  • Penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat dalam kata lain proses menukarkan lemak, protein dan karbohidrat menjadi tenaga
  • Mengurangkan kolesterol
  • Saya tertarik dengan salah satu entry mommylyna mengenai B compleks."Salah satu fungsi B-Complex yang kita kena tahu ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy). Sekiranya kita tidak bergerak banyak, maklumlah duk dalam pejabat je kan, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba (ingat tak belajar fizik dulu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi akan bertukar dari satu bentuk tenaga lain ke bentuk yang lain). Jadi tenaga kinetik yang tidak digunakan ni (maklumlah duduk diam2 je) akan ditukar kepada tenaga haba, lalu menjadikan badan kita panas dan berpeluh"
Sekiranya mempunya baget lebih, bolehlah di tambah sedikit demi sedikit vitamin sebagai 'sokongan' kepada vitamin asas ini.

Lecithin
  • Membantu memecahkan lemak dalam salur darah.
  • Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak.
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
  • Membantu proses penghadaman kerana Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile' daripada kolesterol.
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Omega
  • Helps reduce the risks of heart disease
  • Helps retain healthy triglyceride levels
  • Helps retain normal blood pressure
  • Support brain, visual and joint function
Vitamin E
  • Sebagai ejen antioksida
  • Memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal
Sila hubungi saya di talian 012-6816979 untuk maklumat lanjut.

Wednesday, January 19, 2011

Testimoni Seorang Model

Anda pernah dengar nama atau baca blog Hanis Zalaikha ? Tak kenal? Nama beliau berada melebihi nama Siti Nurhaliza dalam carian 'google' pada tahun 2010.
Di mana tumpahnya kuah jika tidak di nasi kan? Begitu juga Hanis Zalaikha, jika dulu ibunya seorang model sekarang giliran Hanis menjadi model. Siapa ibunya? Tentulah Puan Nani Rostam. Seorang ibu yang mempunyai 7 orang cahaya mata, yang sentiasa sibuk dengan bisness kek dan menguruskan rumahtangga. 
http://nanirostam.blogspot.com/
'Jalan-jalan' di blognya membawa saya kepada penemuan berikut:-
"Untuk merawat dan mengelakkan jerawat, rajin-rajinlah mengambil supplement atau vitamin terutama zinc dan alfafa. Jenama Shaklee adalah antara yang terbaik."


Model 80-an : http://nanirostam.blogspot.com/2011/01/rambut-saya-macam-rambut-rihanna.html
"Saya bersyukur kerana mempunyai kulit yang mudah halus dan mudah dijaga. Tetapi untuk menjadi cantik perlu ada kerajinan. Saya mengamalkan makan vitamin, minyak ikan dan kolagen. Vitamin daripada brand shaklee, minyak ikan dari...."


Model 80-an : http://nanirostam.blogspot.com/2010/01/cantik-selepas-beranak.html
"Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shakli yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru"


Nape? Tak percaya? Mari kita intai dapur Puan Nani ni, kot-kot jumpa bukti beliau pengguna  Shaklee. Jom!

-


-

-

-

-

-

-


Aha! Dah jumpa. Nak tengok?


-


-

-
http://nanirostam.blogspot.com/2010/11/maid-oh-maid.html
Gambar di ambil dari blog Puan Nani

Lagi?

Gambar di ambil dari blog Puan Nani
Anda bagaimana? Masih teragak-agak untuk mencuba Shaklee? Hubungi saya untuk pertanyaan 012-6816979.



Anda ingin mencuba trialpack shaklee? Apa tunggu lagi, hanya RM80.00 untuk kegunaan sebulan.

Monday, January 17, 2011

Mengapa Mesti Memilih Shaklee

* Berasaskan Sumber Semula Jadi
  • Oleh kerana itu Shaklee bebas pengawet, bahan tiruan, bahan pemanis, pewarna dan perisa

*Ketulenan Yang Telah Di Uji
  • Menjalani 83,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk mengesahkan ketulenan dan keberkesanan rumusan-rumusannya

*Keberkesanan Dan Prestasi Klinikal Yang Terbukti
  • Lebih daripada 90 kajian dan rumusan yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik untuk menyokong keberkesanan produk ini.
  • Setiap satu produk mengandungi jumlah ramuan aktif yang tepat dan berkesan untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum setiap masa

*Pembuatan Terkini
  • Menggunakan kemudahan terkini
  • Cara pemprosesan berpaten untuk memastikan penyerapan dan penggunaan nutrien secara optimum di dalam badan
  • Mematuhi Amalan Baik Pembuatan (GMP)

*Demonstated Benefit
  • Shaklee membekalkan minuman rehidrasi kepada NASA yang telah disesuaikan untuk penggunaan para angkasawan sejak 1993


*Kepuasan Terjamin

Friday, January 14, 2011

Set Bersalin

Mengambil Set Asas Bersalin  bukan bererti anada tidak perlu berpantang secara tradisional. Amalan berbengkung, berstokin, bertangas, pilis, berurut dan sebagainya adalah amat digalakkan untuk 'mencantikkan' diri dari luar. Bagaimana pula dengan 'mencantikkan' diri dari dalaman pula? Di sini vitamin ambil peranan. Jika kita lihat selepas bersalin di hospital pasti ibu-ibu dibekalkan dengan vitamin kan?
Apa yang terkandung dalam Set Bersalin ni?

a) Vita-Lea Iron Formula/ Multivitamin
  • Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian penting termasuk iron yang diperlukan untuk membina darah.
  • Membantu proses metabolisme yang dilakukan oleh vitamin B yang membuatkan tubuh sentiasa berada dalam keadaan hangat. 
  • Sesetengah doktor menggalkan pengambilan zat besi bagi ibu yang menyusukan bayi bagi menggelak dari mudah pitam.

b) B Compleks
  • Fungsi utama b compleks adalah 'memetabolismekan' atau dalam erti kata lain menukarkan karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga - kesannya badan akan sentiasa rasa hangat kerana proses tersebut. Bukankah ibu-ibu dalam pantang memerlukan keadaan yang sentiasa hangat?
  • Selain itu kesan dari metabolisme ini akan menyebabkan ibu merasa lebih bertenaga bagi menghindari kemurungan yang kerap berlaku kepada ibu yang baru lepas bersalin.
  • Rasa bertenaga ini mampu memudahkan proses penyusuan ibu kerana ada sesetengah bayi yang ketika baru lahir tidak pandai menyusu dan ia menuntut kesungguhan ibu untuk mengajar bayi menyusu.
  • Vitamin b compleks juga akan membuatkan wajah ibu nampak cantik berseri dan tidak kusam.
  • Selain itu sesetengah ibu baru lepas bersalin menghadapi masalah rambut gugur, vitamin B ini mampu menjadi penawar sebagai sebahagian usaha untuk mengelak dan mengatasi rambut gugur kerana 5 daripada 8 kandungan vitamin B ini adalah untuk rambut.

c) Vitamin C
  • Penting sebagai antioksidan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.
  • Selain itu ia juga membantu untuk menyelesaikan masalah puting melecet, luka berdarah teruma bayi yang baru lahir kerana ketidakbolehan bayi untu menyusu dengan betul.
  • Vitamin C juga dapat membantu pembentukan kolagen yang lebih baik seperti yang kita tahu ia berfungsi untuk memastikan kulit tidak mengelabir.
  • Selain memberi kesan kulit semakin berih, cerah dan cantik.

d) Zink
  • Ia berfungsi untuk mempercepatkan baiknya luka bersalin.
  • Tahukah anda, 'gabungan padu' di antara zink dan B compleks membantu menggelakkan dari keguguran rambut selepas bersalin?


Wednesday, January 12, 2011

Healing-Crisis

Vitamin Shaklee tidak mempunyai mempunyai kesan sampingan kepada pengamalnya walaupun untuk kali pertama mencuba. Walaubagimanapun sebahagian dari kita akan menghadapi rasa letih, lesu, mengantuk dan sebagainya tinghlaku yang membuatkan kita rasa down ketika mula-mula pengambil vitamin Shaklee. Proses ini dinamkan healling-crisis atau dengan nama lain krisis pemulihan. Dan setiap orang akan menerima kesan yang berbeza, ada yang tidak mengalami simptom2 negatif dan cepat menerima kebaikkannya, dan  sesetengah yang lain sebaliknya.Beberapa kesimpulan yang saya buat hasil dari sedikit pembacaan dan info dari N dan Mommylina.

Mengapa ia terjadi?

1. Ia adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.

2. Tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.

3. Proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.
4. Proses badan membiasakan diri dengan vitamin tersebut.

5. Tidak pernah mengambil vitamin sebelum ini

6. Faktor cara hidup yang kurang sihat, contohnya kurang tidur, rehat, kurang minum air masak

7. Faktor persekitaran yang tidak sihat, contohnya melalui kehidupan seharian yang mudah terdedah kepada pencemaran alam sekitar

8. Kebiasaan pengambilan ubat setiap hari juga menjadi punca kepada healing-srisis, kerana ubat yang diambil setiap hari mampu melemah sistem imun badan seseorang, kesannya apabila vitamin di ambil tubuh memberi reaksi berbeza dan memerlukan masa untuk menerima vitamin. 


Healing-Crisis juga punca kita tidak sesuai dengan vitamin?

Ya, kerana tidak semua orang sesuai untuk memakan apa sahaja vitamin, kerana itu ilmu itu perlu.

1. ESP tidak sesuai untuk mereka yang menghadapi diabites.
2. Mereka yang mempunyai SLE tidak sesuai mengambil Alfalfa kerana Alfalfa adalah sejenis herba yang mampu menyebabkan SLE menjadi lebih aktif dalam tubuh. Begitu juga mereka yang mempunyai sakit buah pinggang.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang pertama kali mencuba vitamin ini hendaklah bersabar melalui healing-crisis ini kerana vitamin bukan ubat yang dapat menyembuhkan kesakitan dengan cepat. 

Monday, January 10, 2011

Rahsia Bagaimana Mahu Minum Banyak Air Masak?

Kadang-kadang sukar antara kita untuk minum air masak ni walaupun tahu kebaikannya dan tahu keburukannya jika badan kurang minum air masak. Alasan biasa tak sempat nak minum air atau tak suka ke toilet. Padahal ke toilet adalah penting untuk untuk menyahtoksin dari badan kita. Takkan kita nak simpan toksin dari badan kita kan? Mungkin sedikit petua di bawah membantu untuk kita minum air masak.

1. Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.

2. Minum segelas air sebelum masuk tidur.

3. Minum 3 teguk air setiap setengah jam

4. Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi

Dan dipenghujung hari Insyaallah kita mampu menghabiskan 2 hingga 3 litter air dalam sehari.

Friday, January 7, 2011

Vitamin Itu Satu Insurans

Apa yang kita tahu tentang insurans? Kita membelinya untuk membantu kita apabila menghadapi risiko pada masa depan sekiranya sesuatu yang tidak kita ingini berlaku yang akan menyebabkan kesusahan pada diri sendiri dan ahli keluarga. Dengan mengambil insurans bukan bererti kita kebal dari menerima pelbagai risiko, tapi setidak-tidaknya insurans adalah satu usaha kita untuk meringgankan beban kita menghadapi risiko kehidupan. Contohnya jika kita ditimpa sakit yang memerlukan perbelanjaan rawatan yang tinggi maka sebahagian besar atau keseluruhan rawatan akan ditanggung oleh pihak insurans, bergantung kepada jenis dan jumlah caruman insurans.

Begitu juga dengan pengambilan vitamin, menurut Dr Bruce Miller ia berfungsi untuk mencegah sesuatu penyakit atau gejala yang disebabkan oleh kekurangan nutrien ini . Contohnya kita tetap terdedah kepada batuk dan selsema, tetapi melalui pengambilan vitamin kita mampu mengurangkan gejala selsema yang biasanya mengganggu tugasan harian dan memudahkan kita sembuh dari selsema dengan lebih cepat dari biasa.


Oleh itu vitamin boleh kita anggap sebagai insurans kerana ia sebagai suatu ikhtiar kita untuk menghadapi risiko kehidupan kerana mungkin kita beranggapan bahawa corak pemakanan kita sudah cukup berkhasiat mengikut piramid makanan yang kita belajar sejak dari sekolah rendah lagi tu, tetapi benarkah kita mampu mengikutnya? Oleh kerana itu vitamin itu diperlukan untuk menampung kekurangan vitamin yang sepatutnya kita terima melalui makanan. Oleh kerana itu, pengambilan makanan tambahan bukan bererti kita tidak perlu kepada makanan, tetapi perlu sebagai keseimbangan antara keduanya, contohnya apabila kita mengambil lecithin untuk mengurangkan berat badan, adalah amat perlu kepada makanan yang berserat tinggi contohnya buah-buahan, sayuran dan air putih- secara tidak langsung melalui pemakanan vitamin kita cuba berubah untuk menjaga dan pengawal pemakanan kita supaya mendapat kesan maksima dari vitamin yang kita ambil.

Bagaimana pula tanggapan bahawa pengambilan vitamin itu juga menjadi punca kepada sakit lain pula? Berbalik kepada insurans tadi, bagaimana sekiranya kita mengambil insurans yang tidak estabish syarikatnya? Bukankah kita juga berisiko? Jadi carilah vitamin yang kita yakini keberkesanan melalui penyelidikan yang berkala, telah lama dipasaran (Shaklee telah 50 tahun di pasaran).

Bagimanapula sekiranya kita telah mengambil makanan tambahan dari sumber yang asli tetapi tetap tidak dapat memberi pulangan seperti yang kita mahu? Kita kena tengok balik kesesuian vitamin itu dengan kita, contohnya alfalfa adalah tidak sesuai di ambil oleh mereka yang mempunyai masalah SLE, jadi kita elakkan. Begitu juga insurans, kita kena tahu jenis bagaimana yang kita mahukan. Adkah kita mahu yang berbentuk insuran sihat atau insurans rawatan. Disini perlunya ilmu dalam setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini.


Selain itu, sebagai hamba Allah kita juga amat digalakkan berdoa untuk mendapat apa sahaja kebaikan yang kita mahukan setelah segala kita usahakan. Begitu juga dengan menjaga kesihatan melalui pengambilan vitamin dan insurans yang kita bayar setiap bulan atau tahunan agar ia memberi manfaat pada kita dan keluarga. Bukankah kita digalakkan untuk berusaha, berdoa dan bertawakal?

Thursday, January 6, 2011

Elak Diri Dari Osteoporosis

Penyakit ini menyerang dalam senyap tetapi boleh dicegah atau diperlahankan. Cara-Cara Elakkan diri dari osteporosis ialah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat sepertimana kebanyakkan kita tahu, iaitu :-

1.Kerap lakukan senaman
2. Berhenti merokok
3.Tidak mengambil alkohol,
4. Kurangkan pengambil garam atau makanan berproses yang pasti kandungan garamnya adalah tinggi.
5.Lebihkan makanan buah-buahan dan sayuran,
6.Lebihkan minum air masak berbanding air manis.
7. Pengambilan vitamin tambahan.
   1.Ostematrix-
Mempunyai beberapa kandungan nutrien yang penting untuk tulang. Bahan
   utama adalah kalsium yang diibaratkan batu bata dan nutrien lain yang terkandung dlm ostematrix umpama campuran simen yang menguatkan lagi kalsium. Bahan-bahan yang terdapat dalam ostematrix adalah:-
Kalsium-Tujuan untuk memastikan kehilangan kalsium tidak melebihi keperluannya dalam diet kita. Vitamin D-Ia berfungsi untuk memudahkan penyerapan kalsium disamping mengelakkan
                        lebihan kalsium yang tidak diperlukan disimpan dalam badan melalui urine
       Magnesium-Mencegah pembentukan tulang yang tidak normal dan membantu menyeimbangkan penggunaan kalsium dan magnesium dalam badan kita
       Zink-Meningkatkan penyerapan vitamin D dan ia diperlukan untuk membantu protein berfungsi dengan optima dalam pembentukan tulang
       Mangan-Diperlukan untuk membantu menguatkan, membentukan tulang dan sel-sel kologen dapat bertindak secara optima untuk membentuk, memperbaiki tulang
       Kuprum-Ia membantu tulang yang sihat dan penganjalkan kulit.
       Boron-Membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan kalsium secara optima

 2.Vitamin C-
Penting untuk pembentukan tulang kerana ia mengandungi kologen iaitu satu tisu yang penting untuk memastikan tulang dan sendi  berada dalam keadaan "awet muda" selalu. Kekuranganya boleh merosakkan tulang.

  3.ESP-
Isoflavon soya dipercayai dapat meningkatkan kepadatan tulang

 

Tuesday, January 4, 2011

Kenapa Vitamin B Shaklee Berbau

Saya ingatkan saya sahaja orang yang tak tahan dengan bau hospital vitamin B complek ni. He!He! Rupa-rupanya ia menjadi masalah global. Ini adalah artikel yang ditulis oleh mommylyna ini mengenai bau Vitamin B Compleks Shaklee :
"Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.
Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.
Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.
Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.
Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.
Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...