Thursday, December 9, 2010

VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG........

Ibu sebenarnya tidak perasan sama ada ibu pernah menulis tentang vitamin untuk ibu mengandung atau belum pernah, namun jika pernah anggaplah ini iklan dan selingan bagi ibu2 yang baru mengandung dan mencari2 vitamin yang sesuai. Sebenarnya vitamin yang perlu bagi ibu mengandung adalah sama dengan vitamin ibu2 yang nak meningkatkan pengeluaran susu badannya iaitu ....multivitamin, b complex, vitamin C dan tambahan kalsium.

Mengapa pentingnya multivitamin?

1.Selalunya doktor akan bagi ibu yang mengandung vitamin Obimin atau kata lain multivitamin. Secara peribadi pada ibu ia lebih mengandungi pewarna... masakan tidak, cuba genggam di dalam tapak tangan sebiji obimin, kita akan dapati ianya menjadi melekit di tapak tangan kita dan warnanya akan turun di dalam tapak tangan kita. Apakah fungsi multivitamin? Ianya adalah supplement yang dipanggil pelengkap kepada keperluan asas semua vitamin oleh tubuh kita. Mutlivitamin Shaklee mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan , hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

2. B complex ... Shaklee mempunyai B complex yang lengkap dengan 8 B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukkan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

3. Vitamin C Shaklee sangat unik. Ianya tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita.

4. Kalsium Shaklee atau nama lainnya Ostematrix sangat perlu bagi mereka yang sering mengalami sakit tulang belakang, kaki cramp, sendi2 yang bisa. Ianya juga penting agar keperluan tubuh badan si ibu dipenuhi dan tidak lupa juga bagi bayi yang dalam kandungan, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang bayi yang kuat. Kalsium Shaklee tidak hanya diperbuat dari kalsium Karbonat semata2 yang boleh membuatkan seseorang sembelit dengan teruk tetapi Kalsium Shaklee dihasilkan oleh campuran kalsium karbonat dan kalsium sitrat dan setakat ini ramai yang jatuh cinta dengan Kalsium shaklee ini.

Selain dari vitamin ini, bagi ibu yang berkemampuan bolehlah menambah pengambilan minyak ikan seperti Omega untuk meningkat sistem imunne baby dan DHA otak bayi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...