Monday, December 6, 2010

Vitamin B Untuk Elak Rambut Beruban Dan Gugur?

Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.

Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.
Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.

Mari kita tengok fakta tentang rambut :-

* Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pada tubuh.

* 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala golongan dewasa

* Secara umumnya, tempurung kepala ditumbuhi 100,000 helai rambut (untuk rambut hitam),
80,000 (merah), perang (120,000)

* 90 peratus tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10 peratus lagi 'berehat'
100 helai rambut  gugur setiap hari dianggap biasa

* Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut

* Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut

* Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada
usia 50 tahun kerana hormon testosterone.

*Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 8 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

* Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.

*Kekurangan nutrisi akibat diet rendah lemak atau diet tanpa lemak akan lebih berisiko
mengalami masalah kehilangan rambut yang berkait dengan nutrisi bermula dengan rambut kering, suram dan putus.

Sumber; Dr Jerry Shapiro, Director University of British Columbia Hair
Research and Treatment Centre Vancouver Hospital and Health Sciences

Percayakah anda yang vitamin B Compleks bukan sekadar untuk kurus, tetapi bagus untuk rambut kita juga. Daripada lapan jenis vitamin  B yang diperlukan tubuh, lima daripadanya adalah untuk rambut. Jenis vitamin B tersebut adalah :-

-Vitamin B3 (Niasin)-
  * Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.

-Vitamin B5 (Pantotenik)-
  * Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut
  gugur

-Vitamin B6 (Piridoksin)-
  * Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban

-Vitamin B12(Sianokobalamin)-
  * Mengatasi masalah rambut gugur.

-Biotin -
 * Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi
 mengawal rambut beruban
*Sumber: Majalah Rapi 1 Oktober 2010




*Vitamin B yang baik mempunyai sistem penyerapan Bioaktif Berpaten, selain mempunyai ke lapan-lapan jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh termasuk biotin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...