Wednesday, December 29, 2010

Migrain O Migrain

Sejak bekerja setiap kali masuk bulan Disember entah berapa kali migrain menyerang. Mana taknya masa ni 'ramai' betul yang menjadi 'peminat' saya. Dari lawyer syarikat, LHDN sampai kadang-kadang SSM cari saya. Tu belum lagi apabila tiba masuk 1 Januari setiap tahun kerana tuga-tugas untuk laporan audit sudah melambai-lambai kat saya. Masa tu tidur pun terganggu kerana asyik terbayang-bayang akaun yang tak balance, belum lagi deringan telefon 'bila boleh prepare Mesyuarat Agung" Sabar aje lah....
Biasanya ada beberapa perkara yang saya lakukan apabila kena serangan migrain ini.Meh! saya nak share.

1) Dapatkan tidur yang berkualiti- sebenarnya sangat sukar

2) sapu minyak angin kat temapt yang sakit dan leher

3) Mandi dengan air sejuk (bukan ais ye, agak-agak la..) dari kaki ke atas. Kalau boleh mandi awal pagi, nak lagi bagus mandi sebelum azan Subuh.

4)Saya makan vitamin-Ostematrix dan Vitamin B. Apa istimewanya vitamin ni? jom saya share. TQ untuk Mommylyna atas info ini.

Ostematrix (mengandungi Kalsium, vitamin D, magnesium,)
Kalsium
-Ia boleh mengawal degupan jantung-kerana biasanya ketika migrain menyerang degupan jantung kita rasakan ia menjadi terlalu cepat.
-Membolehkan saraf berfungsi dengan baik-kerana bila migrain biasanya kita rasakan saraf kita menjadi tegang
-Membantu kita dapt tidur dengan nyenyak- biasa kalau kena migrain kita akan tidur dalam bilik yang senyap, gelap dan suhu bilik yang selesa
Magnesium
- Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya kesakitannya.
Vitamin D
-Membantu penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing

B Compleks
-Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya

Kalau anda mempunyai kemampuan, anda boleh tambah dengan Energizing Soy Protein (ESP). Apa keistimewaan ESP ini? untuk memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim yang kebiasaanya rosak akibat dari tekanan migrain dan ubat tahan sakit yang biasa kita perolehi dari klinik akibat migrain.ESP juga adalah sejenis protien juga adalah kunci untuk membantu sistem pertahanan bagi melawan penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...