Monday, December 27, 2010

Mengapa Kita Perlu Vitamin Tambahan ?

Apa itu vitamin ye? Dari apa yang saya baca Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Mengapa Perlu Vitamin Tambahan ?
1)Memilih makanan -Contohnya tak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.

2) Mungkin makanan yang kita makan telah kurang nutriennya kerana melalui proses memasak, menyimpan atau memproses. Tahukan anda dengan memotong sayur kecil-kecil juga akan menyebabkan sayur kekurangan nutrien? Memasak menggunakan pinggan mangkuk atau periuk dari loyang atau tembaga boleh mengurangkan nutrien makanan?

3)Sering Makan Di Luar - Memilih secara kerap untuk makan diluar mendedahkan diri kita untuk menerima 'nutrien' pelbagai bahan perasa, lemak, gula dan garam berlebihan yang digunakan untuk menambah kesedapan sesuatu makanan itu.

Apa fungsi vitamin?
1) Mengisi kekurangan nutrien dalam makanan yang kita ambil seharian untuk membantu tubuh berfungsi secara normal.

Salah faham tentang pengambilan vitamin?
vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Oleh kerana itu kita tetap perlu kepada makanan kerana vitamin berfungsi untuk mengisi kekurangan nutrien dari makanan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...