Wednesday, December 1, 2010

Radikal Bebas vs Anti Oksida

Radikal Bebas bahaya kerana ia memainkan peranan penting dalam terjadinya pelbagai jenis penyakit. Lazimnya ia hanya bersifat perantara yang mampu dengan cepat diubah menjadi sumber yang tidak lagi membahayakan tubuh. Namun begitu, apabila radikal bebas sempat bertemu dengan enzim atau asid lemak tak tepu, ia merupakan petanda awal kerosakan sel lain.

Antara Kesan radikal bebas ialah :

1) Kerosakan DNA yang serius apabila terputusnya rantaian DNA di pelbagai tempat dan tidak boleh diperbaiki oleh sistem pembaikan DNA hingga menyebabkan pembelahan sel akan terganggu akan mengakibatkan berlakunya perubahan tidak normal gen tertentu yang menyebabkan penyakit kanser.

2) Kerosakan Membran Sel - Komponen terpenting membran sel mengandungi asid lemak tak tepu berganda yang sangat lemah terhadap serangan radikal bebas. Sekiranya ia diserang, struktur dan fungsi membran sel akan berubah. Di dalam kedaan yang ekstrem akan mematikan sel pada jaringan tubuh

3) Kerosakan Protein akibat serangan radikal bebas ini termasuklah oksidasi protein yang mengakibatkan kerosakan jaringan tempat protein itu berada. Contohnya kerosakan protein pada lensa mata akan mengakibatkan katarak.

4) Kerosakan Lipid Peroksida yang salah satunya mengakibatkan penyakit degeneratif (kemerosotan fungsi tubuh)

5) Proses Penuaan - Secara semulajadinya manusia mengalami (penurunan) seiring dengan peningkatan usia akibat radikal bebas itu sendiri, secara automatiknya kerosakannya tidak mencapai 100% walaupun secara teori dapat dihalang oleh pelbagai antioksida. Oleh kerana itu kerosakan jaringan oleh radikal bebas akan berlaku secara perlahan-lahan. Proses inilah merupakan proses penuaan seperti kulit tidak lagi anjal, berkedut dan bintik-bintik pigmen kecoklatan di kulit.

6) Mampu Menimbulkan 'Autoimun' - Dalam keadaan normal antibodi hanya terbentuk apabila ada antigen yang masuk ke dalam tubuh. 'automun' adalah terbentuknya antibodi terhadap sesuatu sel tubuh biasa dan ia merosakkan jaringan tubuh dan sangat berbahaya.

Sumber Radikal Bebas

1) Sumber Dalaman- Radiakal bebas dijanakan di dalam tubuh sebagai produk sampingan semasa proses metabolisme biasa. Ada kalanya sel sistem imun tubuh secara sengaja mewujudkan radikal bebas untuk meneutralkan virus dan bakteria.

2) Sumber luaran - Proses pemprosesan makanan, penggunaan racun kimia, asap rokok, makanan yang digoreng, panggang dan bakar,ozon, pendedahan terlalu lama kepada cahaya matahari, penggunaan sinar X, latihan fizikal yang terlampau dan pencemaran alam

Apa itu antioksida?

* tubuh kita mengeluarkan lebih kurang 7 trilion radikal bebas, namun begitu tubuh kita juga dibekalkan dengan antioksida untuk melawan radikal bebas.


Peranan antioksia?

* Menuetralkan radikal bebas dengan 'mendermakan' salah satu elektronnya dan menamatkan tindak balas 'mencuri' elektron. Kesannya antioksida yang kehilangan elektron tadi, tidak akan menjadi radikal bebas kerana keadaannya begitu stabil dalam apa jua bentuk.

* Antioksida bertindak sebagai 'pemburu', membantu mencegah kerosakan selular dan tisu yang boleh membawa kerosakan sel dan penyakit.

* Antioksida menggalakan pertahanan semulajadi melawan proses penuaan pra matang dan melanjutkan hayat.

Sumber Agen Anti Oksida

Vitamin E - Antioksida larut lemak paling banyak terkandung dalam badan. Salah satu daripada antioksida yang paling berkesan memecahkan rantaian kimia.

Vitamin C - Antioksida larut air yang paling banyak terkandung di dalam tubuh. Bertindak di dalam cecair selular. Ia melawan pembentukan radikal bebas yang disebabkn oleh pencemaran dan asap rokok. Vitamin C juga membantu mengembalikan bentuk aktif vitamin E.

*Sumber Rapi 1 Jun 2005

Bagaimana memilih vitamin C dan E yang baik?
Vitamin C- Pilih yang yang berlabel sustained release atau pelepasan masa iaitu ia akan release sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Ia juga tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan kerana ianya tidak mendatangkan kesan yang baik untuk tubuh kita.

Vitamin E -Pilih yang bersifat semulajadi (ada di tulis pada botol bahagian label). Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama, keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...