Tuesday, November 23, 2010

Mengapa saya memilih Shaklee...

Kisah bermula selepas melahirkan anak saya berazam untuk BF sehingga umur 2 tahun sekurang-kurangnya. Tetapi saya menghadapi masalah kerap demam dan selsema. Cuma pelbagai jenama makanan tambahan tetapi gagal. Selain itu seperti kebanyakan ibu selepas melahirkan berat badan pasti bertambah dan sukar menurunkannya pula.

Entah bagaimana apabila surf internet membaca satu forum berkaitan penyusuan susuibu, terlihat satu blog berkaitan dengan vitamin Shaklee milik N, lantas saya buka blognya dan mengirimkan es-em-es. Vitamin pertama yang saya beli ialah vitamin c, b dan Performance Drink. (maklum ketika itu hampir tiba bulan puasa). Sebulan menggunakan rasa perbezaan, kurang rasa letih dan semakin jarang selsema, jika ada adatlah tetapi sembuh dalam sehari dua. Sekejap sahaja.

Pasal berat badan dalam masa kurang setahun berjaya turunkan berat badan sebanyak 7kg. Aha! mungkin ada yang berkata sikitnya. Tapi lebih baik dari terus naik dan tidak mahu turun. Perjalanan BF saya berjalan lancar dan masih sehingga kini iaitu 2 tahun 5 bulan dan masih mengepam walau tidak semeriah dulu, tapi cukup untuk keperluan sehariaanya. Alhamdulillah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...