Wednesday, November 24, 2010

Jerawat Oh! Jerawat!

Jerawat! Kadang-kadang pelik ingatkan ketika umur remaja sahaja dia muncul. Umur tak berapa remaja pun dia muncul juga?! Ada beberapa benda yang kita kena tengok berdasarkan pembacaan saya :-

  1. KEBERSIHAN DIRI- Perlu melakukan 3 rejim asas iaitu pencuci, menyegar dan pelembab. Selain itu kebersihan rambut perlu di ambil kira, rambut yang berminyak juga menjadi punca tumbuh jerawat. Pastikan juga sarung bantal dan tilam perlu dibasuh sekurang-kurangnya sebulan sekali. Penggunaan berus, span dan peralatan untuk menyolek perlu dibersihkan selalu bagi menghindar dari jangkitan kuman ke muka.
  2. ALAT SOLEK- Pastikan anda memilih alat solek yang tidak mengandungi minyak. Contoh kita kena beli alat solek yang tertulis oil free, noncomedogenic @ noncnegenic
  3. AIR MASAK- Sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  4. TIDUR BERKUALITI- bergantung pada setiap orang berpa jam diperlukan. Biasanya semakin meningkat usia semakin kurang jumlah jam tidur diperlukan.
  5. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN-Yang ni semua orang tau kan?
  6. VITAMIN- Dapatkan suplement vitamin C dan E with selenium sebagai agen antioksida terbaik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...